Carian
June 20, 2021

Teks Perbahasan Ucapan Dasar Presiden KEADILAN Wakil Pembahas Sayap Wanita Fadhlina Sidek

Teks Perbahasan Ucapan Dasar Presiden KEADILAN
Wakil Pembahas Sayap Wanita
Puan Fadhlina Sidek

SALUTASI

Terima Kasih Saudara Timbalan Pengerusi Tetap.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam Reformasi, Da jia Hao, Nandre Vanikam dan Selamat Hari Bapa.
Yang berhormat Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Pengerusi Majlis Penasihat Keadilan,Yang Berhormat DSAI, Presiden KEADILAN, YB Hajah Fuziah Salleh, Ketua wanita dan seluruh jajaran kepimpinan Parti Keadilan Rakyat. Para perwakilan dan pemerhati sekalian.

Saya Fadhlina Sidek, pembahas mewakili wanita,
Pentas Rakyat, norma baharu menghimpunkan partisipasi maya seluruh warga parti untuk membuat penilaian retrospektif, islah dan muhasabah serta mengaca diri sebagai persediaan menjadi parti yang konsisten melaksanakan amal maaruf dan nahi munkar.

1.Ketika kita sedang berkongres hari ini, data-data impak sosial akibat pandemik nyata merunsingkan.

2.Peningkatan kes-kes keganasan berasaskan gender, generasi kanak-kanak yang tercicir dalam sektor pendidikan, malnutrisi akibat kemiskinan multi dimensi dan limitasi kepada akses keadilan telah memberikan kesan langsung kepada rakyat.
3.Hasliza Alias, 38 tahun, mati ditembak suami sendiri dan mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan ditanam di sebuah ladang. Jahidah Nordin, 43 tahun, isteri ketiga, koma dipukul suami dan sedang hamil,Kedua-dua kejadian tragis keganasan rumahtangga ini berlaku dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.
ISU 1

4.Keseluruhan peningkatan keganasan rumahtangga dalam negara dicatatkan meningkat sehingga 80% dalam tempoh pandemik 2020. Manakala bagi tempoh Januari- April, 2021 data-data talian-talian psikososial menunjukkan peningkatan yang menakutkan. Kegusaran peningkatan KRT dalam pandemik menyebabkan ia menjadi amaran utama dunia dan dikenali sebagai “pandemic in pandemic”, lock down in lockdown, shadow pandemic dan “intimate terrorism” bagi menunjukkan tahap keseriusan keganasan domestik ini.

5.Kita mempunyai scenario yang berbeda dalam pengendalian kes keganasan rumahtangga dalam tempoh pandemik. Sebab itu sidang perwakilan sekalian, wanita telah mendesak keperluan polisi yang lebih komprehensif, talian psikososial yang lebih efektif serta perlindungan undang-undang yg menjamin keselamatan pemandiri.

6.Sidang Perwakilan sekalian,

ISU 2
10.Isu perlecehan dan gangguan seksual juga mencatatkan kebimbangan bagi tempoh yang sama khususunya peningkatan gangguan seksual secara fizikal dan atas talian dengan menuntut persoalan utama, apa jaminan dan tindakan pihak berautoriti dalam menangani isu ini.

11.Dalam saranan, kritikan dan penyikapan pendirian Wanita Keadilan, kita telah menegaskan berulang kali kepentingan menyegerakan RUU Akta Gangguan Seksual, RUU Akta Pekerja Sosial dan menambah baik Child Protection Policy.
12.Kita harus ingat bahawa perlecehan dan gangguan seksual adalah kendala utama dalam ruang demokrasi. Jika ia boleh berlaku dalam Parlimen dan Parti Politik ia juga boleh terjadi di ruang yang lain termasuk sekolah. Oleh yang demikian, harus ada jaminan pemeliharaan maruah apatah lagi kita sering melaung- ungkap kalimat karamah insaniyyah.
13.Saya juga menyeru agar kepimpinan parti mengambil serius dengan menjadikan parti ini sebagai parti pertama yang mengangkat perlecehan dan gangguan seksual sebagai kod etika disiplin dalam parti. Saya yakin sebagai parti yang mengangkat agenda mengarusperdanakan gender, ini adalah komitmen kita.

Para Perwakilan yang dihormati sekalian,
ISU 3

15.The lost generation atau generasi yang tercicir dalam sektor pendidikan adalah ibarat chatastrophe atau malapetaka besar. Generasi kanak-kanak ini mewakili generasi yang buta aksara tertinggi dalam sejarah, keciciran pelajaran atas talian, tidak dapat menguasai asas membaca dan mengira serta kehilangan skil bersosial.

16.Kita harus segera melakukan perubahan dasar pendidikan dalam tempoh krisis dengan melaksanakan pelan interim pendidikan yang merentas sectorial, memfokus kepada kumpulan rentan, menangani isu kesejahteraan guru dan murid, penggunaan data kesihatan dan pendidikan untuk pemantauan dengan rujukan kepada The INEE Minimum Standards For Education 2010 sebagai rujukan standard pelan pemulihan pendidikan negara.

Sidang Perwakilan sekalian,-ISU 4

17.Tahap kesihatan mental rakyat kian merudum sejak pelaksanaan PKP. Pendedahan Tinjauan Kebangsaan kesihatan dan Morbiditi menjangkakan peningkatan sehingga 1.5 juta kanak-kanak di Malaysia berdepan dengan masalah mental. Statistik PDRM pula menunjukkan 23% kes bunuh diri adalah akibat beban hutang, 24% akibat masalah keluarga dan 23% disebabkan oleh kes rumah tangga. Penerimaan talian psikososial juga genting dengan 85% panggilan adalah berkisar keresahan, tekanan perasaan dan kebimbangan melampau akibat pandemik yg menjejaskan kehidupan rakyat.

18.Komitmen kita antara lain termasuk menggesa unjuran seksyen 309 Kanun Keseksaan dimansuhkan bagi memberi ruang proses rawatan diberikan kepada mereka yang membuat percubaan membunuh diri dan bukannya didakwa di Mahkamah.

19.Sidang perwakilan sekalian-ISU 5
The coronavirus, does not discriminate, but it impacts do.

19.70 % kematian akibat Covid 19 adalah melibatkan warga emas. Sebanyak 21 kluster membabitkan Pusat jagaan Warga Emas dengan kematian membabitkan cluster jagaan warga emas lebih tinggi dengan jumlah 1.48% berbanding kadar kematian kebangsaan yang merekodkan 0. 38%. Kesan domino krisis kesihatan kepada kumpulan rentan ini jelas memperlihatkan kegagalan kerajaan dalam polisi kesihatan awam.

Sidang dewan yg dihormati,

14.Kerajaan PN telah gagal memposisikan diri sebagai kerajaan yang efisyen dan cekap dalam tempoh pandemik ini. Pelan Pemulihan dan survival rakyat harus bermula dengan awlawiyat kelangsungan hidup rakyat. Kegagalan Pelan pemulihan oleh kerajaan PN ini yang pelan-pelan akan terus tercatat dalam lembaran historik sebagai pelan yang gagal. Budak kecil pun faham maksud buka parlimen dengan segera ni tuan-tuan! Orang tua yang tidak faham maksud segera, adalah orang tua yang melakukan abuse of power!

20.Sidang dewan yang dihormati,

Conviction kita jelas, sebagai government in waiting, kita harus memperkukuh parti dan kaderisasi kepimpinan. Apa yang pasti kepimpinan Wanita Keadilan telah siap siaga menyahut apa jua cabaran kepimpinan termasuk persiapan calon wanita untuk pilihanraya akan datang.

Takdirnya, kita kembali ke puncak koridor kuasa, kita harus menegakkan pentadbiran good governance dan“purposeful leadership” yang menjadi peringatan keras surat Saidina Ali Bin Abi Talib kepada Gobernor Mesir, Malik Ashtar.

21.Surat ini terkenal sebagai The Gospel of the principles of Administration kerana ia mengandungi penegasan penting mengurus perjawatan, membuat polisi yang menepati maqasid keperluan rakyat, melawan korupsi dan kepentingan menjaga semua segmen komuniti dalam masyarakat. Hari ini, kita menyaksikan keluhan resah gelisah golongan M40 yang disisihkan daripada sebarang bantuan. Ini adalah contoh kesenjangan pelayanan yang tidak adil oleh Kerajaan ketika ini.

22.Terima kasih di atas perhatian semua, dengan ini saya menyokong ucapan dasar YB DSAI.

23.Saya akhiri perbahasan saya dengan dua rangkap pantun.

Jika memilih bunga untuk Azizah
Jangan dibeli bunga nilofar
Perteguh tekad melaksana islah
Arus perdana kian mencabar

Pantai Port Dickson pasirnya putih
Tempat orang bermandi manda
Setia kami tidak berkalih
Mengharap Tuan ke Putrajaya

Related Posts
crossmenuchevron-up