Carian
August 5, 2021

Rina Harun Dan Radzi Jidin Gagal Melindungi Kehormatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak

1. Saya merujuk kepada laporan media yang melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berhadapan dengan tindakan undang-undang terkait dengan pernyataan fitnah. Dilaporkan ia adalah berkaitan aduan beliau tentang gangguan seksual dan advokasi beliau yang terkait rapar dengan isu gangguan seksual di sekolah.

2. Lebih merunsingkan, kenyataan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Sungai Buluh yang menjelaskan bahawa aduan kanak-kanak tersebut telah diklasifikasikan sebagai NFA (no further action) atau tiada tindakan susulan oleh pihak autoriti.

3. Secara prinsipnya, saya menegaskan bahawa pihak autoriti yang harus bertanggungjawab dalam isu ini adalah menteri KPWKM iaitu Rina Harun dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin yang sepatutnya tampil menjelaskan kepada masyarakat berkaitan isu perlindungan dan proses siasatan berkaitan aduan awal kanak-kanak tersebut. Malah dalam aduan kes gangguan seksual, kanak-kanak sebagai pemandiri, sepatutnya diberikan jaminan keselamatan dan perlindungan.

4. Malangnya baik Rina Harun mahupun Radzi Jidin telah gagal memastikan perlindungan ke atas kanak-kanak ini malah gagal memberikan komitmen untuk memastikan sekolah terus menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.

5. Sehingga kini tiada sebarang makluman berkaitan proses siasatan di peringkat Kementerian Pendidikan dimaklumkan kepada awam berkaitan aduan kanak-kanak tersebut dan tiada sebarang respon daripada KPWKM berkaitan menyegerakan RUU Akta Gangguan Seksual di Parlimen.

6. Kanak-kanak adalah masa depan negara. Komitmen untuk melindungi mereka adalah komitmen kerajaan dan silang kementerian yang mesti mengutamakan hak kanak-kanak dalam semua keadaan.Rina Harun dan Radzi Jidin telah gagal menyediakan ekosistem selamat untuk melindungi kehormatan dan mempertahankan maruah seorang kanak-kanak yang sepatutnya berasa selamat dalam tempoh persekolahannya.

Fadhlina Sidek
Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti
Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up