Carian
June 26, 2021

Rakyat Dihina

1.Kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membenarkan perkhidmatan pinjaman Wang berlesen beroperasi serta merta yang dijenamakan semula sebagai kredit komuniti sangat mengguris hati rakyat. Pinjam Wang dari golongan ini (ah long) ibarat menabur garam pada luka.

2. Menteri KPKT Datuk Zuraida Zakaria dilihat tidak sensitif terhadap isu beban kewangan di kalangan rakyat waktu pandemik. Rakyat tiada pendapatan. Dalam Masa yg sama terbeban dgn hutang bank. Tiba2 Kementerian beliau menganjurkan rakyat membuat pinjaman dari Ah long dengan arahan membuka sektor ini secara serta merta.

3. Sebagai seorang Menteri tindakan ini benar-benar menghina rakyat. Apa Yang rakyat perlukan sekarang adalah moratorium bank serta Sara hidup sepanjang tempoh pendamik sekurang2nya setahun. Lain yang diperlu, lain pula yang diberi.

4. Nampaknya kejadian bunuh diri di kalangan rakyat Hampir setiap hari tidak sedikitpun menjentik hati kerajaan PN.

5. Rakyat sudah letih dan bosan dgn kerajaan yg lemah yg mentadbir negara waktu ini.

6. Ternyata kerajaan PN gagal segagalnya dalam apa jua tindak tanduk dan keputusan.

7. Tidak ada perkataan lain yg dpt diberikan, hanyalah... SILA BERUNDUR. Cukuplah jangan ditambah derita rakyat.

Puan Junaida Jamaludin
Majlis Pimpinan Wanita Pusat
Majlis Pimpinan Negeri Perak
Ketua wanita keadilan Perak

Related Posts
crossmenuchevron-up