August 25, 2021

Kenyataan Bersama YAB Perdana Menteri Dan Pemimpin-Pemimpin Pembangkang

Menjunjung kasih di atas nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah untuk meredakan suhu politik dalam negara, Perdana Menteri, YAB Datoโ€™ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menjemput pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi merealisasikan titah hasrat Baginda Tuanku.

Hadir dalam pertemuan tersebut adalah YB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Tuan Haji Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dan YB Tuan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks โ€˜Keluarga Malaysiaโ€™.

YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri

YB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Presiden PKR

YB Tuan Haji Mohamad Sabu
Presiden AMANAH

YB Tuan Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Related Posts
๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿณ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ธ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pemilihan KEADILAN 20...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up