Sistem Pendidikan di Malaysia sememangnya dinamik kerana setiap kali bertukar Menteri akan berlaku lah beberapa perubahan kepada dasar sedia ada.
Menjelang tahun 1980an, Dasar Pendidikan Kebangsaan berteraskan Falsafah Pendidikan Negara yang berpaksi kepada kepercayaan kepada Tuhan di perkenalkan bagi memastikan keseimbangan dalam komponen jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta sosial para pelajar sbg modal insan.
Ekoran dari itu, Maktab Perguruan dinaiktaraf sebagai Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa Universiti Tempatan dan Swasta telah menawarkan Kursus Perguruan bagi memastikan para guru yang mengajar adalah dari kalangan yang mahir dan minat dalam bidang pendidikan. Manakala awal 1990an pula graduan lepasan kursus professional seperti Kejuruteraan dan Akauntan juga beralih ke bidang perguruan selepas diterima mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Sebagai mantan guru kaunseling saya dapati memang benar ramai lepasan SPM yang mempunyai sekurang-kurang 5 kredit memilih untuk mengikuti kursus diploma pendidikan sebagai pilihan terakhir atas beberapa alasan.
Saya rujuk kepada satu kajian oleh Aktivis pendidikan yang mengatakan 70% guru mempunyai kelulusan tak lebih dari 3A dalam SPM dan saranan dibuat supaya lebih ramai pelajar yg mendapat 7A dlm SPM mengikuti kursus perguruan dan menjadikan bidang perguruan sebagai profession pilihan bukannya pilihan terakhir.
Persoalannya adakah guru-guru yang mendapat keputusan SPM hanya 3A itu kurang berkualiti atau tidak mampu membawa aspirasi kerajaan? Saranan sedemikian tidak lah keterlaluan namun seharusnya ia lebih realistik kerana jika dilihat kpd syarat-syarat kemasukan ke IPG terkini iaitu pemohon sekurang-kurangnya nya mendapat 5 subjek Cemerlang, dan itu pun tidak ramai dari kalangan mereka yang memohon.
Umum mengetahui bahawa kemahiran paling utama sebagai pendidik adalah komunikasi, kaunseling dan interpersonal disamping berakhlak mulia yg menjadi model contoh kepada anak didik. Jika kerajaan setuju dengan saranan tersebut dan mengambilkira keputusan cemerlang dalam SPM bagi pengambilan guru-guru bawah Kementerian Pendidikan, dikhuwatiri akan berlaku ketidakseimbangan kadar guru dan anak murid di sekolah-sekolah kerajaan kerana terlalu memburu kualiti sedangkan graduan pendidikan sekarang masih ada yang menganggur atas isu penempatan (posting) yang lembab.
Dalam isu ini Menteri Pendidikan kerajaan PN 18 bulan dan PN 2.0 dilihat gagal dalam memastikan Dasar Pendidikan Kebangsaan digarap dengan sempurna supaya tahap kemahiran guru siswazah dipertingkatkan searas dengan penggunaan teknologi baharu atau IR 4.0 ditambah dengan isu pdpr semasa pandemik Covid 19.
Perubahan yang harus dilakukan bukan kepada syarat pengambilan guru-guru pelatih tetapi yang lebih penting adalah pelaburan oleh kerajaan supaya kualiti bakal guru dapat dipertingkatkan dengan penambahbaikan bahagian pendidikan guru supaya kaedah pngajaran dan pmbelajaran dan teknik-teknik pengajaran kepada guru-guru pelatih adalah yang terkini tahap dunia.
Secemerlang mana pun seseorang bakal guru itu jika pusat-pusat pendidikan Guru masih menggunakan sistem yang 'obsolete', pelatih yg mengikutinya juga akan menggunakan kaedah2 lama dan lapuk.
Mahani Abdul Moin
-Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat
-Ketua Biro Strategi, Dasar & Latihan Wanita KEADILAN Pahang