December 15, 2021

Pakatan Harapan Tidak Menyokong Pindaan Akta 342

Pakatan Harapan meneliti secara terperinci Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 yang telah dibentang semalam dan difahamkan bakal dibahas esok, 16 Disember 2021.

Walaupun satu pindaan tambahan telah dibawa hari ini yang mengurangkan denda dan kompaun bagi RUU ini, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan berpandangan bahawa RUU ini tetap membuka ruang yang luas untuk berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan โ€˜Antara Dua Darjatโ€™.

Memandangkan pendirian Ketua Pembangkang yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, dan memandangkan Kerajaan tetap dengan pendirian untuk meneruskan perbahasa RUU ini, maka Pakatan Harapan mengambil sikap tidak menyokong RUU ini di dalam bentuk yang telah dibentang.

Saya menggesa Kerajaan khususnya Menteri Kesihatan untuk menarik balik RUU ini dan mengadakan perbincangan mendalam dengan Pakatan Harapan serta Pembangkang amnya, agar satu bentuk pindaan Akta 342 yang lebih baik dapat diperolehi dan dipersetujui bersama.

Saifuddin Nasution Ismail
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan

Related Posts
๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿณ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ธ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pemilihan KEADILAN 20...
Ketahui Lebih Lanjut
crossmenuchevron-up