Carian
May 2, 2023

Rakyat Yakin Kerajaan Perpaduan Di Hala Tuju Yang Betul, PN patut Padamkan Niat Kacau Kestabilan Selangor

Pilihan Raya Negeri semakin dekat, umum tahu Perikatan Nasional terutama PAS ingin kacau  kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan.

Selain menyasar memenangi 33 kerusi DUN,dan berminat menarik 20% pengundi bukan Melayu, PN tidak dapat memberitahu pengundi Selangor, apa hala tuju PN  selain ulang kegiatan fitnah dan memohon maaf kepada pemimpin Pakatan Harapan. 

Sebelum ini hasil selidik IPSOS menunjuk peningkatan keyakinan rakyat terhadap hala tuju keadaan ekonomi Malaysia, iaitu 53% pada tahun 2023 dari 38% pada tahun 2022.(Kedudukan yang ke-4 tinggi dalam 26 negara).

Yang lebih menarik perhatian ialah 62% rakyat Malaysia semakin yakin terhadap keputusan dan halatuju dasar ekonomi (Kedudukan yang ke-3 dalam 26 negara).

Selepas Langkah Sheraton dan ketidakstabilan politik yang timbul, rakyat dan pelabur telah hilang keyakinan terhadap kerajaan, tapi dapatan IPSOS menunjuk keadaan ini sudah berubah setelah kerajaan Perpaduan ambil alih Putrajaya.

Saya ingin menasihat PAS fokus selesaikan isu di negeri Kedah, Kelantan,Terengganu sebelum masuk ke PRN negeri.

Kalau sekadar mengeluarkan kenyataan politik bersifat sentimen perkauman dan agama untuk memikat hati pengundi, saya yakin pengundi Selangor tidak akan termakan taktik tersebut.

Ini kerana selama 3 penggal Pakatan Harapan pegang negeri Selangor, rakyat dapat rasai keikhlasan kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat.

Kerajaan jaga kebajikan, perumahan, kesihatan dan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Chua Wei Kiat

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN

ADUN Rawang

Related Posts
crossmenuchevron-up