Saya meneliti satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudari mardhiyyah Johari selalu Ketua Penerangan Muslimat PAS Kedah yang mengkritik Perdana Menteri dalam isu hubungan dua hala antara Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Persekutuan.
Kenyataan Beliau yang cuba mewujudkan persepsi bahawa dengan tidak adanya pertemuan, membuatkan rakyat Kedah tertindas dan Kedah terkeluar dari pembanggunan serta kemajuan adalah jauh tersasar. Kenyataan Beliau yang juga merujuk kepada dua perkara yang menjadi perbahasan masyarakat kini iaitu soal pembangunan Lapangan Terbang Kulim dan Pajakan Negeri Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana perkara yang fundamental seperti ini mahu dibincangkan ,jika kewarasan mereka yang mahu memperbincangkan perkara itu jelas tidak kelihatan.
Isu ini melibatkan perlembagaan dan keutamaan pembanggunan yang perlu dibuat secara relevan. Masih ada banyak lagi pembanggunan dari sudut kemiskinan yang perlu diselesaikan dan diberi tumpuan.
Suka saya ingatkan kepada Saudari Mardhiyyah setiap kali Perdana Menteri turun ke Kedah Beliau tidak pernah lupa untuk memberikan fokus kepada pembanggunan ekonomi serta pembanggunan ihsan rakyat dan masyarakat di Kedah.Sebagai contoh setiap kali Perdana Menteri turun ke Kedah akan sentiasa ada Insentif kepada rakyat yang diumumkanI seperti yang digambarkan oleh Saudari Mardhiyyah.
Mardhiyyah seharusnya menjadi penilai yang baik dengan berani menegur dan mengkritik cara bagaimana Menteri Besar Kedah dalam menjalankan fungsi Beliau sebagai seorang pemimpin. Menteri Besar Kedah harus kembali kepada norma biasa pemimpin yang perlu bermula dengan sikap dan adab. Jika benar Menteri Besar Kedah ikhlas untuk bercakap soal rakyat ,maka Beliau harus memperbaiki sikap dan pertuturan Beliau bukanya sentiasa melemparkan persepsi jahat dan fitnah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.
Kepada Saudari mardhiyyah islam itu menganjurkan setiap perkara baik yang mahu kita lakukan apatah lagi ia berkait soal rakyat ia perlu bermula dengan sikap kita terlebih dahulu. Hubungan baik antara Perdana Menteri dan Menteri Besar dari parti lain dibeberapa negeri yang berlainan boleh dijadikan rujukan oleh saudari. Jangan kita ibarat melontar batu sembunyi tangan, meletakan kesalahan dibahu orang lain tanpa melihat kelemahan pemimpin sendiri.
Siti Aishah Shaik Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN