Carian
June 23, 2023

Tuduh Perdana Menteri Tak Beri Tumpuan Keadaan Ekonomi Berniat Jahat

Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing menyifatkan tuduhan Ahli Parlimen Besut,Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh bahawa Perdana Menteri hanya mengutamakan program bertemu mahasiswa universiti dan tidak memberi tumpuan keadaan ekonomi negara itu sebagai tuduhan selektif dan berniat jahat.

Tuduhan Che Mohamad Zulkifly seolah-olah mahu menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membangunkan ekonomi negara dan semata-mata menarik sokongan belia untuk pilihan raya negeri.

"Tetapi hakikatnya, Perdana Menteri telah memperkenalkan 3 tonggak utama dalam usaha meningkatkan pasaran modal bagi pertumbuhan ekonomi, menggalakkan simpanan dan kemasukan pelaburan, sebelum kenyataan Besut dikeluarkan." katanya dalam satu kenyataan hari ini.

3 tonggak utama tersebut termasuklah tindakan meluaskan pelaburan mampu milik dengan pengurangan duti setem saham, menarik kumpulan pelabur untuk menyokong pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) serta pembaharuan struktur untuk pasaran modal dan transformasi ekonomi.

Pada pengumuman yang sama, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa majikan harus mempertimbangkan untuk membayar elaun yang setimpal terhadap pelajar latihan industri. 

"Jadi adakah Ahli Parlimen Besut tidak membaca berita atau beliau membaca berita secara selektif?" 

Di samping itu, Kar Hing juga menegaskan bahawa Datuk Che Mohamad Zulkifly telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai seorang Ahli Parlimen, baik dalam Dewan Rakyat mahupun di luar Dewan Rakyat.

"Besut pernah dihalau keluar dari Dewan Rakyat akibat tidak mematuhi arahan Timbalan Speaker, dan sekarang pula cuba menimbulkan emosi dan perasaan marah dalam kalangan rakyat."

"Sebaliknya, jika Perdana Menteri jarang bertemu dengan mahasiswa, Besut jugalah yang akan menuduh atas alasan kerajaan tidak peduli belia, kerana fokus dan strategi Perikatan Nasional itu adalah menimbulkan kebencian dan kemarahan dalam kalangan rakyat supaya PN dapat menang dalam PRN."

Berkenaan dengan isu pembangkang tidak terima peruntukan kerajaan, Tan Kar Hing percaya bahawa Perikatan Nasional saja memainkan watak mangsa supaya kerajaan perpaduan boleh digambarkan sebagai kerajaan yang zalim.

"Isu ini telah berulang-kali dibangkit dan dibicarakan dalam Dewan Rakyat, dan pendirian kerajaan adalah jelas di mana pembangkang perlu berunding dengan kerajaan." 

"Tetapi PN masih menolak cadangan tersebut supaya mereka boleh terus memainkan watak mangsa di luar dewan bagi menimbulkan perasaan simpati dalam kalangan penyokong."

Related Posts
crossmenuchevron-up