Carian
November 22, 2023

PENGANJURAN KONGRES NASIONAL TAHUNAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat atau KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 pada 25 November 2023 dan 26 November 2023 di Putrajaya International Convention Centre,Putrajaya. 

Acara tahunan ini akan dimulakan dengan Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN dan Kongres Nasional Wanita KEADILAN pada sebelah pagi bermula dari jam 8:00 pagi sehingga jam 6:30 petang. Di sebelah malamnya iaitu bermula jam 9:00 malam acara Kongres Nasional KEADILAN peringkat pusat akan dibuka dengan ucapan dasar Presiden Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekaligus majlis perasmian Kongres Nasional.

Ini adalah Kongres tahunan yang pertama yang akan dihadiri oleh sidang perwakilan dari seluruh negara selepas setahun KEADILAN bersama-sama dalam gabungan kerajaan perpaduan. Sudah tentu kongres akan dimeriahkan dengan kehadiran perwakilan seramai 2,374 orang dan pemerhati 1,500 orang, dari Sabah hingga Perlis.

Dengan tema Kongres “MEMAKNAI REFORMASI, MENJULANG MADANI”, isu-isu terkait kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan yang akan disampaikan oleh para pembahas. 

Sudah tentu isu utama berhubung kos sara hidup, isu perpaduan dan 3R, isu rasuah dan penyelewengan kuasa antara topik yang akan dipilih oleh para pembahas kita. 

Pembahas-pembahas akan diberikan kebebasan untuk berbahas, memberikan nasihat, mengkritik serta melontarkan idea kepada barisan pimpinan yang kemudiannya akan dijadikan panduan dan iltizam pimpinan ke arah yang lebih baik.

Untuk makluman Kongres akan turut dihadiri pimpinan utama dari parti-parti gabungan kerajaan perpaduan selain turut menerima kehadiran dari 50 kedutaan asing. 

Melalui kongres ini KEADILAN akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian Parti terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlakunya kemelut Palestin dan negara haram Israel. KEADILAN akan mengadakan slot khas untuk memperingati mangsa-mangsa kekejaman Israel di dalam kongres pada 25 November 2023.

Related Posts
crossmenuchevron-up