
Backbenchers KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengecut serangan ke atas anak YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan pada 13 Ogos 2025 di Putrajaya.
Ia jelas bertujuan mengugut dan memberi amaran kepada seorang wakil rakyat yang lantang memperjuangkan kebenaran.
Kami merakamkan rasa simpati dan solidariti penuh kepada YB Rafizi Ramli dan keluarga atas kejadian serangan tersebut. Serangan ini bukan sahaja cubaan menakut-nakutkan seorang pemimpin rakyat, tetapi juga satu bentuk keganasan yang melampaui batas kemanusiaan.
Dalam negara demokrasi, perbezaan pendapat tidak boleh diselesaikan melalui ancaman atau kekerasan, apatah lagi melibatkan kanak-kanak.
Kami menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi. Tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada tindakan tegas sekiranya terbukti terlibat.
Kami juga mengangkat gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh, cepat, dan telus agar pelaku dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Kami menyeru pihak Polis Diraja Malaysia untuk memanfaatkan segala aset dan kepakaran bagi memburu pelaku serta dalang di sebalik serangan ini.
Keselamatan pemimpin rakyat dan seluruh warga negara harus sentiasa dijamin — ini bukan sekadar isu peribadi, tetapi melibatkan keselamatan awam dan kelangsungan demokrasi.
Backbenchers KEADILAN berdiri teguh bersama YB Rafizi Ramli. Ancaman tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus memperjuangkan kebenaran, keadilan, dan reformasi demi rakyat.
“Kebenaran tidak boleh dibungkam, walau dengan ugutan dan kekerasan.”
BACKBENCHERS KEADILAN
14 Ogos 2025
YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani
YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
YB Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Ahli Parlimen Balik Pulau
YB Kesavan Subramaniam, Ahli Parlimen Sungai Siput
YB Tan Kar Hing, Ahli Parlimen Gopeng
YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang
YB Dato’ Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Gombak
YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang
YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
YB Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya
YB Prabakaran Parameswaran, Ahli Parlimen Batu
YB Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
YB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson
YB Yuneswaran Ramaraj, Ahli Parlimen Segamat
YB Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang
YB Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat
YB Jimmy Puah Wee Tse, Ahli Parlimen Tebrau
YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang
YB Chiew Choon Man, Ahli Parlimen Miri