
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bersama AMK Sabah dengan kerjasama GeneraZ telah menganjurkan ‘Program Kupi- Kupi Bah Dulu’ pada 6 September 2025 bertempat di Anjung Selera Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan termasuklah Edaran 100 kopi percuma, Pertandingan The Voice Borneo, Dialog Urang Muda, wayang pacak dan cabutan bertuah. Program ini telah dihadiri oleh golongan belia, mahasiswa Sabah dan orang awam yang datang sebagai peserta dan pengunjung.
AMK meraikan minat golongan belia di Sabah dan menyokong bakat- bakat yang wajar untuk diketengahkan.
Dialog Urang Muda (DUM) pula merupakan platform yang berfokus kepada isu- isu penting berkait dengan pembangunan belia Sabah, pendidikan, digitalisasi dan komunikasi. Penganjuran DUM merupakan inisiatif Jabatan Komunikasi AMK Malaysia untuk mendengar keluhan belia dan mahasiswa Sabah melalui sesi dua hala. Hadir sebagai panel jemputan ialah Enn Xaviera (Personaliti TV), Saudara Zaidi Jatil (Ketua AMK Sabah) dan Saudara Roslan Abdullah (Mantan Presiden MPP UMS).
Program ini merupakan hasrat Jabatan Komunikasi & Penerangan AMK Malaysia dengan kerjasama Biro Media Baharu & Biro Pendidikan dalam memberi penerangan dan informasi berkenaan inisiatif- inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan diperingkat persekutuan dan negeri kepada belia di Sabah. Turut terlibat dalam usaha ini ialah pimpinan AMK Sabah, Ketua- ketua penerangan dan pengarah- pengarah komunikasi AMK cabang di Sabah.
AMK komited untuk memastikan suara belia dan mahasiwa di Sabah sentiasa didengari dan diberikan perhatian dari segenap aspek.
https://www.facebook.com/share/p/1ZTEkFakfv/?mibextid=wwXIfr
https://www.instagram.com/p/DOXh8wyEVpe/?igsh=NzU0MTlscGdiMmZ2
NURHANANI DHAMIRAH BINTI RAZALEH
PENGARAH PROGRAM KUPI- KUPI BAH DULU