August 30, 2026

KERAJAAN MADANI HANTAR PASUKAN SMART KE NEPAL, KESAN DAN BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA

Kerajaan MADANI telah memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir yang melanda Nepal.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan ini digerakkan sesegera mungkin.

Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.

Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.

ANWAR IBRAHIM

30 Ogos 2026

Related Posts
crossmenuchevron-up