October 18, 2026

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Pimpinan Cabang KEADILAN Sarawak bersama Presiden, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 17 Oktober 2026 telah mencapai beberapa ketetapan penting bagi memperkukuh persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Mesyuarat menegaskan bahawa tumpuan utama adalah kepada strategi dan gerak kerja pilihan raya sebagai rangka persiapan menyeluruh. Sehubungan itu, mesyuarat turut bersetuju mengenai penstrukturan semula kepimpinan negeri, di mana Saudara Mahmud Epah telah dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama, Saudara Ahmad Nazib Johari akan terus melaksanakan peranan memperkukuh hubungan antara Pusat dengan Sabah dan Sarawak, selaras dengan fokus parti untuk memperkukuh jaringan politik di kedua-dua wilayah.

Terima Kasih

Dr. Fuziah Salleh

Setiausaha Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up