Carian
August 22, 2021

KEADILAN Sarawak Menyokong Penuh Kempimpinan Anwar Ibrahim Sebagai Presiden KEADILAN Dan Pengerusi Pakatan Harapan

1.Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak mengambil maklum perkembangan dan kenyataan oleh pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan secara terbuka di media.

2.Maka kepimpinan MPN Sarawak, Jawatankuasa – Jawatankuasa Cabang bagi 31 Cabang dan seluruh anggota KEADILAN Sarawak tetap berdiri teguh dan menyokong penuh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN.

3.KEADILAN Sarawak menyeru agar semua anggota di seluruh Negeri Sarawak untuk terus mengukuhkan parti dari peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak ke-12 dan Pilihanraya Umum Ke-15 akan datang.

4.KEADILAN Sarawak juga berharap agar semua rakan di dalam kepimpinan parti sahabat di dalam Pakatan Harapan masing-masing agar sentiasa menjaga nama baik dan menghormati Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan tidak mendahului Majlis Presiden dalam mengeluarkan kenyataan umum/media baik secara organisasi atau individu pemimpin yang boleh mengelirukan penyokong dan rakyat keseluruhannya dan menjejaskan nama baik Pakatan Harapan di mata rakyat terutamanya kedudukan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

5.KEADILAN Sarawak sentiasa berpandangan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai antara pemimpin Malaysia yang terbaik pernah dilahirkan di Malaysia malah terkenal di seluruh dunia. Cuma bakat kepimpinan beliau belum lagi diuji sepenuhnya kerana beliau belum diberi mandat untuk meneraju pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

6.Justeru, KEADILAN Sarawak menyokong sepenuhnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri Malaysia mendepani Pilihanraya Umum Ke-15 yang akan datang bagi mendapatkan mandat rakyat.

ABUN SUI ANYIT
Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak
Bagi pihak MPN KEADILAN Sarawak
Dan seluruh anggota KEADILAN Sarawak

Related Posts
crossmenuchevron-up