Carian
June 17, 2020

Jangan intimidasi Ahli Parlimen - Dr Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA

 

Pada 16hb Januari 2020 telah pun dilancarkan Pelan Strategi Menangani Perkahwinan Bawah Umur dengan mengemukakan satu plan yang komprehensif.

 

Ini adalah rentetan daripada kesukaran mencari penyelesaian isu ini kerana urusan perkahwinan warga Muslim berada dalam bidang kuasa Negeri.

 

Tujuh negeri iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan Kedah dan termasuk Kelantan telah menyatakan tidak bersetuju dengan draf membabitkan pindaan Akta Undang-Indang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) dengan menetapkan umur minimum perkahwinan wanita kepada 18 tahun.

 

Justeru adakah salah bagi YB Hannah Yeoh, mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang turut sama merangka Pelan Strategik tersebut menanyakan mengenai status dan kemajuan pelan tersebut kepada YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff selaku Timbalan Menteri KPWKM merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, memandangkan Kelantan juga salah sebuah negeri yang telah menolak usaha menaikkan had umur perkahwinan ini?

 

Oleh itu saya menggesa pihak berkuasa untuk berlaku adil, dan mengingatkan Putrajaya agar tidak melakukan intimidasi politik terhadap Ahli-Ahli Parlimen yang menjalankan tugas mereka menyuarakan isu rakyat.

 

DR. WAN AZIZAH DR. WAN ISMAIL

Related Posts
crossmenuchevron-up