Carian
April 4, 2020

PERUTUSAN ULANGTAHUN KEADILAN KE-21

 

POSTER21-01-01

 

PERUTUSAN ULANGTAHUN KEADILAN KE-21

Tahun ini sekali lagi kita kembali mengingati sejarah penubuhan KEADILAN untuk tahun yang ke-21.

Buat para pendukung reformasi, derita dan sejarah hitam di tahun-tahun lampau yang kita hadapi bersama itu mematang dan menguatkan semangat kita untuk terus menyala obor perjuangan.

Perjuangan ini panjang dan jauh. Ramai yang telah pergi meninggalkan kita. Namun, ramai juga yang tewas dek kilauan harta dan pangkat. Gemerlapan kuasa itu ternyata suatu ujian yang maha besar buat kita. Kuasa itu seharusnya dipikul dengan amanah dan kejujuran, dan bukan wahana untuk memunggah kekayaan.

Kerajaan pilihan rakyat yakni Pakatan Harapan tumbang dek pengkhianatan dan persekongkolan beberapa watak Kitol.

Pengalaman tambah mendewasakan kita. Kita bukan sahaja lalui zaman derita malah setelah hampir ke mercu, kita dikhianati dari dalam dan janji dimungkiri. Jika kita tetap gilapkan idealisme perjuangan reformasi, inshaAllah kita akan lebih tenang dan bergaya menuju kejayaan.

Semoga Allah SWT beri kekuatan kepada kita untuk terus kekal di landasan perjuangan dan terus menjadi suara dan pembela rakyat semua kaum.

Keadilan untuk semua.

ANWAR IBRAHIM
PRESIDEN KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up