Carian
April 6, 2023

Selangor mengecam tindakan rejim zionis Israel menyerang umut Islam di Masjid Al-Aqsa

Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang menyerang umat Islam Palestin di Masjid Al Aqsa sehingga menyebabkan kecederaan kepada sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin serta menahan lebih 350 rakyat Palestin.

Tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan ini diaturkan ketika jemaah Palestin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa pada hari Rabu yang lepas.

Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, sebuah tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia, terutamanya pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Tindakan kejam ini telah kerap berulang, terutamanya pada bulan Ramadhan seperti yang berlaku pada April tahun lalu.

Sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan ini, seluruh masjid dan surau di negeri Selangor akan melaksanakan solat hajat seusai solat Jumaat minggu ini untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi warga Palestin agar Allah SWT melindungi mereka.

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI

MENTERI BESAR SELANGOR

Related Posts
crossmenuchevron-up