Carian
July 17, 2021

Anwar Mengutus Surat Kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi mendesak beliau sebagai ketua majlis untuk memastikan ruang perbahasan dibuka seluas-luasnya kepada Ahli-Ahli Parlimen sewaktu Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perkara ini mustahak bagi membincangkan hal-hal mendesak tatkala negara berhadapan dengan keadaan yang sangat mencabar dan rumit saat ini.

Ingin ditekankan, keberkesanan perlaksanaan program-program kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19 hanya akan dapat diketahui serta ditambah baik apabila Ahli-Ahli Parlimen diberi ruang menyuarakan cadangan dan pandangan semasa perbahasan.

Harus diingat, peranan semak imbang Dewan Rakyat mestilah dimartabat bukan disekat. Ahli-ahli Parlimen tidak dibayar untuk hadir menggangguk dan mengiyakan semua perkara tanpa perbahasan yang tuntas dan terperinci.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up