Carian
March 8, 2022

Bertindak Segera Menangani Masalah Banjir

Semalam hujan lebat yang berterusan dalam kadar yang amat luarbiasa telah menyebabkan air naik dan menenggelamkan sebahagian kawasan di ibu negara.

Saya pernah membangkitkan permasalahan ini tatkala berbahas di Dewan Rakyat sewaktu Sesi Penerangan oleh Menteri-Menteri pada 20 Januari lepas terkait musibah banjir hujung tahun lalu.

Saya sebut bahawa tangguhkan dahulu segala projek mega yang menelan belanja berbilion ringgit, dan saya turut mengusulkan projek infrastruktur dalam rangka tebatan banjir termasuk perparitan dan konsep ‘sponge city’, atau projek takungan air.

Kita juga faham masalah perparitan dan projek tebatan banjir semestinya menelan kos yang tinggi. Namun, keutamaan segera mesti ada untuk selesaikan masalah ini.

Banjir yang melanda sebahagian Kuala Lumpur semalam mengesankan ribuan pengguna jalanraya, dan menjejaskan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang terpinggir.

Saya mendesak kerajaan untuk bertindak segera dan maklumkannya secara terbuka.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up