Carian
March 26, 2021

Cubaan Bunuh: Muhyiddin Perlu Jelaskan

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum satu kenyataan yang dibuat Penolong Pengarah Unit Cawangan Khas Bahagian Anti-Pengganas (E8) bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mematahkan cubaan seorang pengganas pada Januari 2020, untuk membunuh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri-menteri Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof serta bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, yang masih dalam kerajaan pada masa itu.

Majlis Presiden ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat PDRM di atas tindakan tegas dalam menggagalkan percubaan tersebut.

Pada masa yang sama, kami kesal di atas sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, yang gagal memaklumkan perkara ini kepada pimpinan Pakatan Harapan serta rakyat Malaysia amnya.

Kegagalan tersebut menimbulkan persoalan motif sebenar perkara inidisembunyikan daripada pengetahuan pemimpin berkenaan dan kerajaan Pakatan Harapan.

Oleh itu, kami menggesa Tan Sri Muhyiddin untuk memberikan penjelasan di atas perkara ini pada kadar segera.

 

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up