
Tidak Setuju Perwujudan Kementerian Bukan Islam, Kabinet Perlu Diperkecil dan Bukan Diperbesarkan
Saya berpendapat bahawa perbahasan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui yang mengesyorkan supaya mew...
Ketahui Lebih Lanjut
Saya ambil maklum isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.
Walaubagaimanapun, saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti para hakim dan ini ditetapkan untuk memastikan agar wujud pembahagian kuasa yang jelas di dalam sistem yang ada. Justeru campurtangan SPRM melanggar prinsip ini.
Integriti dan kebebasan badan kehakiman kelihatan beransur pulih akibat dari kecelaruan dan ketempangan berdekad-dekad lamanya tanpa ada usaha serius pemerintah untuk membetulkannya. Adalah dikhuatiri hebahan sebegini akan dianggap sebagai tekanan dan campurtangan politik.
ANWAR IBRAHIM