
𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟭𝟳,𝟱𝟬𝟬 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗿
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pemilihan KEADILAN 20...
Ketahui Lebih Lanjut
Petang tadi dalam ucapan sewaktu program di Gombak, saya turut bangkitkan soal Undi18 yang menjadi tumpuan ketika ini.
Saya sentuh soal ini kerana ia telah pun dilulus dan dipersetujui oleh semua Ahli Parlimen pada tahun 2019 sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah.
Namun pemerintah sekarang yang sebahagiannya dari pentadbiran lalu hari ini bertindak mengkhianati dan memungkiri janji tersebut.
Harus diingat peranan anak muda pada ketika ini adalah penting dan berkebolehan dalam menentukan masa depan negara.
Saya mengulangi pendirian untuk terus mendesak kerajaan dan SPR untuk segerakan proses ini.
KEADILAN juga akan menjelajah ke seluruh negara untuk memastikan suara dan aspirasi anak muda ini didengar dan diangkat.