Kenyataan Media: Menyokong Seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke atas Pakistan dan Afghanistan
19 Oktober 2025 | Petaling Jaya Biro Hal Ehwal Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat ...
Ketahui Lebih Lanjut

Saya ambil maklum keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.
Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat sedang bergelut dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.
Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutamanya waktu yang sangat memprihatinkan saat ini.
Saya menggesa agar keputusan ini tidak diteruskan dengan mengambilkira kesusahan dan kepayahan rakyat.
ANWAR IBRAHIM