Carian
July 26, 2022

Pakatan Harapan Tidak Menyokong RUU IPCC

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat di Parlimen hari ini.

Pakatan Harapan mengambil pendirian menyokong penuh Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berhubung anti lompat parti yang bakal dibahas di Parlimen pada 27 dan 28 Julai 2022.

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) yang dibentang di Parlimen tidak memenuhi hasrat reformasi institusi yang diharapkan, mempunyai banyak kepincangan dan lebih lemah berbanding badan EAIC yang wujud sekarang dan RUU IPCMC yang pernah dicadangkan dahulu.

Sebagai contoh, antara lainnya, RUU IPCC ini mempunyai kelemahan-kelemahan jelas seperti berikut:

• anggota Suruhanjaya tidak berkecuali dan boleh dilucutkan bila-bila masa, tanpa sebab;
• Setiausaha Suruhanjaya dilantik Menteri Dalam Negeri, manakala EAIC melantik setiausahanya sendiri pada masa ini;
• IPCC tiada kuasa siasatan seperti yang ada pada EAIC;
• IPCC tidak membolehkan Suruhanjaya meneliti hal-hal di bawah Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO); dan
• IPCC tiada peruntukan untuk suatu lembaga tatatertib.

Oleh itu, Pakatan Harapan tidak menyokong RUU IPCC ini.

DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Posts
crossmenuchevron-up