Carian
August 4, 2021

Sidang Parlimen Khas Segera

Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan SESEGERA MUNGKIN TIDAK LEWAT DARI 9 OGOS berasaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga bulan September.

Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah Kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen.

Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik yang terus mencengkam rakyat, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 yang terus meningkat begitu tinggi setiaphari, situasi ekonomi yang terus lesu, dan persoalan kestabilan kerajaan yang mesti diselesaikan sekarang.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawasanya usul undi percaya tersebut wajib dibentang, dibahas dan diputuskan sekarang sekaligus menamatkan isu keabsahan Perdana Menteri.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN)
YB Tn Hj Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara, AMANAH)
YB Tn Lim Guan Eng (Parti Tindakan Demokratik, DAP)
YB Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal (Parti Warisan Sabah, WARISAN)
YB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir (Parti Pejuang Tanah Air,PEJUANG)
YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu, UPKO)
YB Tn Baru Bian (Parti Sarawak Bersatu, PSB)
YB Tn Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Parti Ikatan Demokratik Malaysia, MUDA)
YB Dr Maszlee Malik (Bebas)

Related Posts
crossmenuchevron-up