Carian
March 17, 2022

Tiada Pembubaran DUN Kerajaan-Kerajaan PH

Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah memutuskan bahawa Kerajaan-Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir Pakatan Harapan tidak akan menasihati agar Dewan Undangan Negeri masing-masing dibubarkan sehingga tamat tempoh pada tahun 2023.

Keputusan ini dibuat mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih sangat terkesan akibat banjir besar, pandemik COVID-19, pendapatan yang berkurangan serta kos sara hidup yang meningkat mendadak.

Majlis Presiden menegaskan bahawa fokus segala usaha pada waktu ini harus ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi.

DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Posts
crossmenuchevron-up