Carian
August 24, 2021

Usaha Reformasi Institusi Mesti Diteruskan

Sejak tahun lalu Pakatan Harapan telah menggariskan dasar-dasar dan langkah-langkah reformasi serta penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat negara dari wabak COVID-19, krisis ekonomi dan kemelut politik.

Ini termasuklah:
• Reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara dengan memastikan pogram saringan ujian awam “FTTIS+V" (find, test, trace, isolate and support plus vaccinate) dilaksana dan memastikan sokongan tambahan diberi kepada sistem kesihatan awam;

• Reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung kepada pekerja, perniagaan dan sektor kesihatan, serta melaksana program moratorium pinjaman bank tanpa faedah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian;

• Reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan; dan

• Reformasi perundangan, termasuk dengan melaksana Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti.

Memandangkan Kerajaan terdahulu yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, gagal menangani pelbagai masalah termasuk isu COVID-19, dan memandangkan Jemaah Menteri yang baharu bakal dibentuk, Pakatan Harapan berpandangan bahawa Perdana Menteri wajar memberikan pertimbangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan di atas demi rakyat dan negara.

YB DS Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up