Carian
March 23, 2022

Usul SOSMA Bukan Sebahagian Dari MOU

Saya ikuti perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini khususnya terkait usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri berhubung Akta SOSMA walaupun masih dalam tempoh kuarantin.

Penghargaan saya buat seluruh saf Pembangkang kerana telah menyatakan pendirian yang teguh dan utuh, serta berjaya menolak usul tersebut.

Seperti yang dijelaskan beberapa rakan Ahli Parlimen, usul ini bukan sebahagian dari MoU di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan, dan penolakannya tidak mendatangkan kesan sama sekali kepada perjalanan MoU tersebut.

Saya juga mengambil maklum pertemuan pimpinan Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri siang tadi, dan komitmen beliau untuk membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dalam satu sidang khas Parlimen pada April.

Semoga segala usaha kita dipermudah demi rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Related Posts
crossmenuchevron-up