Carian
June 24, 2021

KEADILAN Pulau Pinang Menyeru Tamatkan PKP Yang Tidak Efisien Kepada PKPP Yang Bersasar Demi Kelangsungan Hidup

1. Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang menyeru Majlis Keselamatan Negara mempertimbangkan bagi menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat pada masa ini kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang lebih longgar di beberapa daerah tertentu di Pulau Pinang. Kini Ketegangan ekonomi semakin memuncak ekoran tindakan penutupan yang ketat dan tidak bersasar. Keadaan sekarang ini menemui jalan buntu, masyarakat tenggelam punca.

Kes harian tetap dengan jumlah yang tinggi walaupun perintah kawalan pergerakkan dilaksanakan. Kita harus akui pengalaman PKP yang pertama cukup berkesan yang secara tidak langsung menghasilkan keputusan yang baik dalam mencapai matlamat MKN. Pengalaman tersebut harus diambil dan diterjermahkan pada waktu ini yang dilihat kucar-kacir.

2. Penutupan majoriti sektor ekonomi ditambah dengan kekurangan sokongan kewangan yang berterusan dari kerajaan persekutuan telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Terlalu ramai pemilik perniagaan kecil dan sederhana telah memilih untuk menutup premis mereka. Barang-barang peniaga kecil dan sederhana ini dijual bagi menampung kelangsungan hidup mereka. Dalam keadaan yang lebih teruk, sekatan ini menyumbang kepada korban nyawa.

Di Pulau Pinang sahaja, 53 kes bunuh diri telah dilaporkan dalam 5 bulan terakhir. Kami percaya akibat tekanan hidup ekoran tiada kelangsungan punca pendapatan pada masa pelaksanaan PKP ini menyumbang kepada angka kematian ini.

3. Dari sudut keupayaan , keadaan di Pulau Pinang bertambah baik sepanjang PKP. Pada 13 Jun - 19 Jun 2021, Pulau Pinang antara negeri yang mencatatkan kadar positif yang terendah di negara ini iaitu 3.36%.

Dengan peratusan kes sporadik pula , Pulau Pinang mencatatkan kedudukan kedua yang paling rendah di negara ini, iaitu 38.36%. MKN seharusanya secara serius menggunakan langkah-langkah kawalan dan pendekatan PKP yang lebih baik dan bersasar bagi setiap negeri , pelaksanaan rentas daerah, dan pelaksanaan rentas negeri.

4. Dengan jangkitan yang terkawal kerana kewujudan kaedah pengesanan kontak rapat yang lebih efektif, kami yakin sudah tiba masanya sekatan pergerakan terpilih perlu diperkenalkan bagi membolehkan masyarakat terutama mereka yang menjalankan perniagaan kecil dan sederhana dapat menebus kembali kerugian mereka selama ini

5. Kami meminta dan memohon agar dipertimbangkan semula waktu operasi untuk premis makanan dan minuman, serta dasar tidak boleh menjamu selera di premis harus dikaji semula dengan membolehkan pelanggan dibenarkan menjamu selera di kedai dengan dua individu setiap meja dengan masa tambahan tanpa terikat sehingga jam 8 malam sahaja.
Perniagaan seperti kedai alat tulis dan kedai perubatan tradisional dan komplementari termasuk kiropraktor, fisio dan pengamal kesihatan mental harus dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Pengurusan pengendali varian merbahaya yang cekap harus merangkumi ujian yang boleh di lakukan di premis-premis yang telah di beri kebenaran untuk beroperasi. Justeru, MKN tidak hanya bergantung pada PKP tanpa memahami keseluruhan spektrum di bawah prosedur pengurusan wabak.

6. MKN harus lebih telus dalam mempamerkan berapa banyak denda dan juga tangkapan yang telah di ambil sejak PKP 1.0 hingga ke PKP 3.0 dan memperincikannya mengikut faktor faktor melibatkan syarikat yang berada dalam kategori industri kecil serdahana yang sememangnya terkesan dan juga rakyat yang berada dalam kategori berpendapatan rendah.

7. COVID-19 menimbulkan ancaman nyata dan segera terhadap kesihatan rakyat kita, dan kita menyedari ini. Namun, apabila sekatan ini terus berlanjutan tanpa pertimbangan yang mencukupi untuk mencari nafkah, kita juga berisiko kehilangan nyawa. Ketika memasuki PKP pusingan ketiga, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pelaksaan PKP.

Oleh yang demikian, kita juga harus mengulangi tuntutan bahawa setiap pelaksanaan PKP mesti disertakan dengan jumlah bantuan yang diperlukan dan memadai berbanding jumlah kecil yang diumum bagi Perkhidmatan Kecil dan Sederhana serta orang-orang yang sangat memerlukan bantuan, hal ini disahkan oleh Bank Dunia dalam pelancaran laporan ekonominya semalam.

Seharusnya kerajaan sedia ada memberi sokongan tambahan seperti memberi moratorium pinjaman bank dalam waktu yang terdesak ini.

YB MUHAMMAD BAKHTIAR WAN CHIK
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang
Ahli Parlimen Balik Pulau

Related Posts
crossmenuchevron-up