Carian
June 18, 2021

Sekuriti Makanan dan Rantaian Bekalan Sayur-sayuran Terjejas Akibat PKPD Carca Merba, Harga Sayur Naik Rakyat Jadi Mangsa

Parti KEADILAN ingin membangkitkan kebimbangan isu sekuriti makanan yang berlaku di rantaian pasaran sayur-sayuran (supply chain). Rantaian bekalan sayur sekarang diancam Pandemik Covid.

Rantaian pasaran sayur bermula di Gedung Sayur Negara iaitu kawasan penanaman sayur-sayuran Cameron dan Loging Highlands, kemudian dihantar ke pasar borong Kuala Lumpur dan diakhiri di pasar-pasar awam seluruh negara.

Kawasan Cameron dan Loging Highlands menyumbangkan lebih kurang 40% bekalan sayur-sayuran di seluruh Malaysia. Pasar Borong Kuala Lumpur merupakan pasar borong terbesar di negara yang menyumbangkan 60% rantaian sayur-sayuran seluruh negara.

Rantaian pasaran ini jelas terjejas sejak awal PKP 1.0 di mana berlaku insiden pekebun terpaksa membuang hasil tanaman mereka kerana SOP yang silap.

Keadaan menjadi lebih runcing dalam PKP 3.0 ini. Pada permulaan PKP3.0 pada awal januari, MKN telah melaksanakan PKPD/EMCO di pasar borong Kuala Lumpur. Awal minggu ini MKN pula melaksanakan PKPD/EMCO di Cameron Highlands.

Perlaksanaan PKPD yang carca merba di kawasan Cameron Highlands 4 hari lepas bukan sahaja menyusahkan puluh ribu pekebun sayur dan pekerja, malah menyebabkan seluruh rakyat jelata menjadi mangsa kenaikan harga sayuran.

MKN menggunakan SOP PKPD yang “one size fits all” menyebabkan rantaian bekalan sayur-sayuran di seluruh negara terjejas. Perlaksanaan PKPD pula tidak mengambil masalah setempat berbeza dari kawasan bandar dengan kawasan tanaman. Keadaan menjadi carca merba dengan SOP yang sentiasa berubah-berubah.

Akibat daripada ini, Harga sayur-sayuran terus meningkatkan mencecah 100% di seluruh negara dan membebankan rakyat yang telah kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Jika keadaan ini berterusan, pekebun sayur akan terpaksa membuang sayur-sayuran yang tidak dapat bertahan lama. Kekurangan bekalan sayur akan terjadi di pasaran. Dan akhirnya, harga sayur akan naik melebihi 200% pada bulan-bulan akan datang.

Isu sekuriti makanan akan timbul pada bulan-bulan akan datang.

KEADILAN menyeru memandand serious tentang masalah sekuriti makanan ini.

KEADILAN menyeru Menteri Pertanian dan Menteri Pertahanan keluar dari pejabat berhawa dingin di Putrajaya dan turun ke Cameron Highlands dengan serta merta. Mereka harus mengadakan mesyuarat MKN sekuriti makanan khususnya masalah rantaian bekalan sayur di Cameron Highlands. Mereka harus berjumpa dengan semua persatuan dan pemegang taruh (stakeholders), memahami masalah yang dihadapi oleh pekebun dan mencari penyelesaian yang efektif. Duduk di command center di Putrajaya yang selesa tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Sim Tze Tzin
Jurucakap Pertanian dan Komoditi Parti KEADILAN
MP Bayan Baru

Related Posts
crossmenuchevron-up