Carian
September 24, 2022

KEADILAN Pulau Pinang Tawar Perkhidmatan Nasihat Guaman Percuma

Biro Guaman & Aduan Awam MPN Keadilan Pulau Pinang pagi ini telah melancarkan program Perkhidmatan Nasihat Guaman Percuma (Sivil dan Syariah) di Wisma Keadilan Pulau Pinang yang akan dilaksanakan pada jam 10pagi sehingga 5 petang setiap hari Sabtu.

Satu jawatankuasa Aduan juga akan ditubuhkan bagi membantu rakyat Pulau Pinang dalam menangani isu-isu seperti Permedagangan Manusia di Cambodia, kes-kes sindiket berkaitan kecurian wang simpanan bank, isu keganasan rumah tangga dan yang lain-lain.

YB Jason Ong Khan Lee dan saya telah diberi amanat oleh MPN untuk mengetuai gerakan ini dan kami juga menerima penyertaan daripada 14 orang peguam lagi yang penuh dengan pengalaman dalam bidang undang2 Sivil dan Syariah ke dalam Biro Guaman & Aduan Awam.

Saya juga mengharap rakan2 lain (tidak mengira
sama ada daripada latar belakang undang-undang ataupun tidak) dapat menyertai kami dalam gerakan ini untuk memberi bantuan kepada rakyat pulau pinang yang perlu dengan tanpa mengira bangsa & agama.

Darwin Lim Chee Chien
Timbalan Pengerusi Biro Guaman & Aduan Awam MPN Keadilan Pulau Pinang.

Related Posts
crossmenuchevron-up