Carian
August 16, 2022

KERAJAAN PUSAT PERLU MENGHENTIKAN SEGALA TINDAKAN PEREBUTAN KUASA DAN FOKUS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KOS SARA HIDUP RAKYAT

Ketua Penerangan Keadilan Cabang Batu Kawan, Darwin Lim Chee Chien berkata, Kerajaan Pusat yang diketuai oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menumpukan perhatian bagi menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi, beliau perlu hentikan segala tindakan perebutan kuasa yang sedang berlaku di kalangan pemimpin BN dan PN.

“Tindakan parti komponen kerajaan terutamanya pimpinan UMNO yang tidak berhenti-henti memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan parlimen dan juga senario politik perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang berlaku diantara UMNO dan PPBM menujukkan bahawa kerajaan Persekutuan telah gagal memberikan keutamaan kepada isu yang dekat dengan jiwa rakyat iaitu kenaikan kos harga barang yang semakin membimbangkan”.

“Walaupun kerajaan telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi baru-baru ini. Namun sehingga kini, rakyat masih tidak nampak apa kaedah dan solusi yang akan dilaksanakan oleh Pasukan Khas tersebut untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang naik mendadak sejak bekelakangan ini secara menyeluruh"

Beliau menyeru kerajaan pusat supaya mengemukakan dasar yang lebih holistik bagi meringgankan beban rakyat Malaysia secara menyeluruh, dan bukannya bermain politik  yang merugikan rakyat marhain.

Darwin Lim yang merupakan mantan Naib Ketua AMK Pulau Pinang berkata sedemikian ketika berada di program Pertandingan Mewarna sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Kawan di Kuil Sri Mangalanayagi Amman, Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Tujuan program tersebut adalah untuk memupuk semangat cinta terhadap negara dan juga mengeratkan hubungan Keadilan Batu Kawan dengan masyarakat setempat. Seramai 40 kanak-kanak telahpun menyertai dalam pertandingan mewarna tersebut.

Ketua Cabang Keadilan Batu Kawan YB Goh Choon Aik juga telah hadir ke program tersebut dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Timbalan Ketua Cabang Anuar Shafiqah, Naib Ketua Cabang Gobi Chan turut hadir bersama.

 

 

Related Posts
crossmenuchevron-up