Carian
March 6, 2021

Wanita MCA Hantar Mesej Salah Tentang Kes Keganasan Rumahtangga

Merujuk kepada laporan media yang melaporkan bahawa Wanita MCA akan menganjurkan program karate untuk menangani keganasan domestik dan jenayah di mana Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie dilaporkan akan menganjurkan program “Karate Defence and Self Protect Training Course yang akan berlansung dari 12 Mac sehingga 20 Mac, 2021.

Saya ingin menegaskan bahawa keganasan rumahtangga adalah keganasan yang melibatkan ahli keluarga dan bukan sahaja melibatkan keganasan fizikal tetapi juga keganasan emosi, harta benda dan penderaan secara seksual. Manakala pemandiri keganasan rumahtangga bukan terdiri daripada wanita sahaja, malah turut melibatkan lelaki, kanak-kanak dan warga emas.

Dalam menangani isu keganasan domestik dan rumahtangga, menggunakan keganasan secara fizikal atau membalas keganasan dengan keganasan fizikal bukanlah penyelesaian yang baik. Malah dalam mana-mana advokasi berkaitan keganasan rumahtangga, kita sama sekali tidak akan kompromi keganasan diselesaikan dengan satu lagi bentuk keganasan yang lain.Ini adalah mesej yang salah kepada masyarakat awam apatah lagi Wanita MCA bukan organisasi terlatih dalam mengendalikan kes-kes keganasan rumahtangga.

Saya juga ingin mengingatkan Wanita MCA bahawa ada perbezaan yang jelas dalam mempromosikan seni mempertahankan diri sebagai suatu kegiatan sukan yang sihat dan untuk mempertahankan diri tetapi ia bukan penyelesaian kepada isu keganasan.

Kecuaian kenyataan wanita MCA ini menunjukkan bahawa kerajaaan PN sangat tidak kompeten dalam mengendalikan isu-isu yang melibatkan keselamatan dan perlindungan terhadap pemandiri keganasan rumahtangga.

FADHLINA SIDDIQ
PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
WANITA KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up