Carian
July 20, 2022

NAIK HAD UMUR KAHWIN KEPADA 18 TAHUN: PINDAAN YANG PROGRESIF

1. Saya mengikuti rapat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang telah meluluskan pindaan Rang Undang-undang Enakmen Keluarga Islam berkaitan had umur perkahwinan.

2. Pindaan tersebut yang melibatkan pindaan berkenaan menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun adalah pindaan yang cukup progresif dalam usaha menangani isu-isu keganasan berasakan gender dan perlindungan terhadap kanak-kanak.

3. Dengan pindaan ini, DUN Kedah adalah negeri kedua yang telah membuat pindaan berkaitan had umur perkahwinan kepada 18 yahun selepas DUN Selangor telah mendahului pindaan ini buat julung kalinya.

4. Dalam masa yang sama, saya ingin mengingatkan bahawa Garis Panduan Menangani Perkahwinan Bawah Umur yang merupakan polisi terpenting yang telah diwujudkan semasa kepimpinan Pakatan Harapan di KPWKM di bawah pimpinan Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.

5. Saya dan pimpinan Wanita KEADILAN akan terus bekerja keras untuk memastikan pindaan yang sama dibuat di negeri-negeri yang lain khsususnya di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Harapan bagi merealisasikan agenda perlindungan terhadap kanak-kanak dan kesedaran menangani keganasan berasaskan gender menjadi keutamaan kami dalam membina ekosistem selamat untuk masyarakat.

FADHLINA SIDEK
KETUA WANITA KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up