Carian
July 20, 2022

PEMBENTANGAN RUU ANTI GANGGUAN SEKSUAL: WANITA KEADILAN TUNTUT GARIS PANDUAN DISEGERAKAN

1. Saya mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual (Bacaan kali kedua) di Parlimen dan menjadikan ia rang undang-undang yang cukup signifikan selepas melalui perjuangan advokasi melebihi dua dekad.

2. Wanita KEADILAN cukup komited dengan agenda perlindungan wanita dan menuntut agar Garis Panduan untuk menangani gangguan seksual ini disegerakan selepas rang undang-undang ini diluluskan di Parlimen.

3. Garis Panduan ini cukup penting sebagai unjuran pelaksanaan Undang-undang (pasca diluluskan oleh Parlimen) tersebut untuk diterjemahkan dalam bentuk komitmen dan penguatkuasaan dalam masyarakat kelak.

4. Dalam masa yang sama Wanita KEADILAN juga akan meneruskan program-program pendidikan dan kesedaran awam bersama NGO-NGO pemegang taruh yang lain ke seluruh negara bagi memastikan kesedaran awam tentang undang-undang berkaitan gangguan seksual ini dalam masyarakat.

5. Saya juga menjemput semua parti-parti yang lain untuk bekerjasama dengan Wanita KEADILAN merentas kepartian dalam usaha mendidik dan memberikan kesedaran tinggi terhadap masyarakat awam dalam menangani isu gangguan seksual.

FADHLINA SIDEK
KETUA WANITA KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up