Carian
April 28, 2022

Pertahankan Perlembagaan, Rujuk Dakwaan Salah Laku Hakim Kepada Tribunal Atau Badan Khas

1. Saya merujuk kepada laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melakukan siasatan terhadap seorang Hakim Mahkamah Rayuan yang mana tindakan SPRM tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta melanggar doktrin pengasingan kuasa.

2. Terdapat mekanisme khusus dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan untuk mengurus dakwaan salah laku Hakim mengikut aturan yang sewajarnya.

3. Berdasarkan Perkara 125 tersebut, jika terdapat mana-mana perlanggaran terhadap etika atau salah laku, maka dakwaan tersebut boleh ditujuk kepada tribunal atau suatu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan untuk mengendalikan perlanggaran tersebut.

4. Segala dakwaan, kritikan dan maklumat terkait rapat dengan dakwaan salah laku mana-mana pegawai kehakiman mestilah melalui saluran yang betul mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan bagi memastikan ia dapat ditangani dengan berkesan.

5. Dalam masa yang sama tuduhan-tuduhan liar terhadap institusi kehakiman mesti dikawal dan diuruskan agar tidak menimbulkan kesangsian awam serta meruntuhkan kepercayaan terhadap kebebasan dan integriti institusi kehakiman.

6. Saya menggesa isu dakwaan salah laku ini diurus dengan cermat dan berhati-hati untuk mengelakkan hakisan kepercayaan rakyat kepada perlembagaan dan demi mempertahankan keutuhan integriti badan kehakiman negara.

Fadhlina Sidek
Senator Ahli Dewan Negara

Related Posts
crossmenuchevron-up