Carian
August 18, 2022

DEMI KESELAMATAN NEGARA, TENTERA MALAYSIA PERLUKAN KELENGKAPAN TERBAIK

1. Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi lautan dan sentiasa terdedah kepada ancaman. Antara bentuk ancaman adalah rompakan di laut, perlanunan, penculikanuntuk tebusan, penyeludupan barang terlarang, pencerobohan migran dan kecurian hasil laut oleh pihak nelayan asing.

2. Dianggarkan kerajaan rugi hampir RM6 bilion setahun akibat kegiatan perikanan haram dan jenayah lain di domain maritim kita.

3. Menurut panglima TLDM, Tan Sri Mohd Reza Sany sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional, BERNAMA pada 28 April 2022, 61 peratus aset-aset TLDM adalah usang. Akibatnya, anggota TLDM tidak boleh menjalankan tugas mereka dengan baik.

4. TLDM berperanan penting menjaga keselamatan di kawasan lautan yang merupakan kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara.

5. Oleh itu TLDM perlu dalam keadaan siapsiaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk dari sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya.

6. Dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentang oleh Menteri Pertahanan ketika Pakatan Harapan memerintah negara, TLDM mengharapkan mereka mempunyai Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dilengkapi helikopter yang memiliki keupayaan peperangan anti udara, anti permukaan anti kapal selam. LCS juga diharapkan dapat menggantikan kapal
frigat dan korvet yang telah berusia.

7. Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga TLDM sendiri di samping rakyat negara ini.

8. Kami kesal sikap kepimpinan Umno sebelum ini yang melayan tentera secara 'Take it or Leave it' apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira
keperluan penggunanya iaitu anggota tentera kita. Yang dipentingkan adalah mendapat projek untuk kroni mereka bukannya memenuhi keperluan tentera kita.

9. Pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarah rekabentuk LCS ditukar dari SIGMA
yang diperlukan TLDM kepada GOWIND yang dicadangkan oleh pembekal dari Perancis melalui BNS adalah contoh jelas tragedi "Take it or Leave it" yang berlaku. Pembekal dari Perancis ini juga yang membekalkan Scorpean sebelum ini.

10. Kami, Pakatan Harapan, berjanji akan menyambung kembali siasatan yang telah dihentikan oleh kerajaan PN dan BN selepas kami dijatuhkan, jika rakyat memberikan
mandat semula kepada kami dalam pilihan raya umum akan datang. Kita juga akan melaksanakan segala strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan yang telah
dibentangkan sebelum ini. Kami akan memastikan tentera kita mendapat layanan terbaik dan warganya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik untuk menjalankantugas mereka untuk negara.

FAHMI FAZIL, Pengarah Komunikasi PH
TEO NIE CHING, Setiausaha Publisiti DAP
KHALID SAMAD, Pengarah Komunikasi AMANAH

Related Posts
crossmenuchevron-up