
𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟭𝟳,𝟱𝟬𝟬 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗿
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pemilihan KEADILAN 20...
Ketahui Lebih Lanjut
Biro Politik KEADILAN menyambut baik kenyataan media YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bahawa Kerajaan Negeri akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), di samping usaha melengkapkan pemberimilikan 104 ekar tanah HSKLU kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang tertangguh sejak 2006.
Pada masa yang sama, keputusan untuk mengekalkan kawasan gantian berjumlah 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga sebagai Hutan Simpan Kekal juga amat dihargai.
Kami merakamkan penghargaan buat YAB Dato’ Menteri Besar yang terbuka menerima pandangan dari pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, badan-badan bukan kerajaan, serta orang awam.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN