Carian
June 21, 2022

KEADILAN Tidak Akan Berbincang Atau Bekerjasama Dengan Azmin

Majlis Pimpinan Pusat telah mengadakan mesyuarat malam tadi bagi membincangkan, antara lain, perihal Pemilihan 2022 dan persiapan Kongres KEADILAN.

Berhubung Pemilihan 2022, setelah selesai seluruh proses aduan dan audit, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu Cabang serta pimpinan utama KEADILAN. Saf kepimpinan baharu ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN akan diteruskan pada 15 Julai 2022, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kongres Nasional juga akan diteruskan pada 16 dan 17 Julai 2022, juga bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022.

MPP juga memutuskan bahawa KEADILAN tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.

Fahmi Fadzil

Related Posts
crossmenuchevron-up