Carian
June 10, 2021

Tidak Patut Guna Nama DYMM Tuanku Cari Sokongan

KEADILAN mendapat maklum dan menzahirkan kebimbangan tentang khabar yang sedang tersebar bahawa beberapa Ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti mereka sedang berusaha mendapatkan Perakuan Berkanun (Statutory Declaration) bagi meraih sokongan Ahli-Ahli Parlimen untuk mendapatkan jawatan di dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Parti turut difahamkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen ini berbuat demikian dengan dakwaan kononnya mereka telah mendapat ‘restu’ Yang Di-Pertuan Agong.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip raja berperlembagaan kami percaya bahawa dakwaan ‘restu’ ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu percubaan jelek untuk mendapatkan habuan bagi kelompok tertentu pada ketika negara berada di dalam krisis.

Parti mengambil pendirian nama DYMM Tuanku tidak patut diguna sebagai helah untuk meraih sokongan Ahli-Ahli Parlimen, apatah lagi apabila sokongan itu tidak menyelesaikan persoalan besar tentang halatuju kepimpinan negara kita pada ketika ini.

Tindakan terdesak kelompok ini wajar ditolak oleh rakyat. Tumpuan sekarang harus ke arah memulihkan ekonomi dan membela rakyat yang cukup terkesan akibat pandemik COVID-19.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Related Posts
crossmenuchevron-up