Carian
August 3, 2021

Kebiadaban Menteri Wajar Dihukum

Keangkuhan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah biadap dan tidak jauh dari satu bentuk penderhakaan.

Membidas kenyataan Zuraida di dalam Wawancara bahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani malam tadi, "Agong seharusnya mendengar apa yang disyorkan oleh kabinet. Sepatutnya ada perbincangan dan libat urus.
"Tidak harus ada sebarang kenyataan awam yang saya fikir tidak wajar (not that proper) dalam sistem raja berperlembagaan."

Zuraida sekaligus bertindak memperlekehkan kebijaksanaan Agong di dalam titah berkenaan pembatalan ordinan darurat yang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau wajar dilaporkan dan disiasat sekiranya telah melangkaui batas dalam kenyataan tersebut.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak

Related Posts
crossmenuchevron-up