July 20, 2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡

𝗛𝗜𝗡𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦
Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak semalam menerima beberapa laporan kerosakan bahan kempen di beberapa kawasan pilihanraya Negeri Sembilan.
Laporan yang diterima melibatkan kerosakan bendera yang dibakar di N06 Dun Palong malam semalam dan pancang bendera yang rosak atas perbuatan khianat di N31 Dun Chembong pagi ini.
𝘎𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘢𝘯.
HARAPAN ingin memaklumkan bahawa kami berhak mengambil tindakan undang-undang
di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kerana melakukan khianat) sekiranya terbukti bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera, atau sepanduk dikhianati, dirosakkan, atau diturunkan oleh pihak lawan kerana tindakan khianat ini merupakan satu kesalahan.
Pengarah Pilihanraya Bilik Gerakan Dun telah pun dinasihatkan untuk membuat laporan yang sewajarnya walaupun HARAPAN tidak berniat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak setakat ini.
Begitupun, HARAPAN ingin menyeru agar perkara seumpama ini tidak melarat menjadi budaya dikalangan penggiat politik dalam negara ini. Kami juga berharap seluruh anggota dan jentera HARAPAN tidak membalas semula perbuatan ini yang mungkin dilakukan oleh pihak yang mahu mengeruhkan keadaan.
Berkempenlah dengan sihat kerana hak untuk berpolitik dan berkempen termaktub secara tidak langsung dan dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui beberapa peruntukan Kebebasan Asasi (Bahagian II) serta hak politik asas lain.
Menangilah hati rakyat dan pengundi dengan dasar polisi yang jelas bukan politik khianat kebencian yang tidak sama sekali berasas.
𝗦𝗘𝗞𝗥𝗘𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗧
𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟭𝟲
𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡
Related Posts
crossmenuchevron-up