July 19, 2026

KEADILAN kekal fokus memperjuangkan isu-isu kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, kos sara hidup, pembangunan seimbang serta tadbir urus yang telus dan berintegriti

KEADILAN mengambil maklum perkembangan semasa berkaitan persefahaman dan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026.

KEADILAN dan HARAPAN menghormati hak setiap parti untuk menentukan pendekatan dan strategi masing-masing dalam menghadapi pilihan raya.

KEADILAN kekal dengan pendirian sebarang keputusan politik di peringkat negeri sentiasa dinilai berdasarkan kepentingan serta aspirasi rakyat Negeri Sembilan.

PRN Negeri Sembilan merupakan pentas demokrasi untuk parti-parti menawarkan dasar, rekod perkhidmatan dan kepimpinan terbaik kepada rakyat.

Justeru, KEADILAN kekal fokus memperjuangkan isu-isu kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, kos sara hidup, pembangunan seimbang serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.

Berteraskan prinsip ‘bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat’, HARAPAN tetap bertegas bahawa menggadaikan kepercayaan demi kemenangan bukan dalam kamus strategi politik kami.

Agenda pembangunan negara serta kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan berkesan ialah paksi serta tunjang utama mendasari setiap langkah politik kami.

Perbezaan strategi politik dalam pilihan raya negeri merupakan perkara biasa di dalam seni kepada segala kemungkinan.

Seluruh jentera KEADILAN dan HARAPAN diseru supaya kekal fokus, berdisiplin dan bekerja dengan penuh iltizam untuk meraih keyakinan rakyat serta mempertahankan mandat HARAPAN di Negeri Sembilan.

Dr Fuziah Salleh

Setiausaha Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up