
Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan di Batu Pahat, Johor. Kongres Tahunan KEADILAN yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026, manakala lokasinya dikekalkan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada KEADILAN Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiapsiagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung.
Biro Politik juga telah melantik YB Senator Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail dan YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden KEADILAN. Ini bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat.
Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan KEADILAN