May 20, 2026

PEMAKLUMAN KEPADA SPEAKER DEWAN RAKYAT BERKENAAN STATUS DUA KERUSI PARLIMEN KEADILAN

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menyerahkan notis berkenaan penamatan keanggotaan susulan pengistytiharan keluar parti yang dibuat Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei 2026, kepada Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

KEADILAN berpendirian bahawa tindakan meninggalkan parti melalui pengisytiharan mereka itu menyebabkan Perkara 9.1(c) Perlembagaan Parti KEADILAN adalah terpakai. KEADILAN juga berpendirian bahawa tindakan tersebut mempunyai kesan langsung di bawah Perkara 49A (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, saya selaku Setiausaha Agung KEADILAN menyerahkan keputusan mengenai status mereka berkenaan Perkara 49A (1)(c) dan juga tindakan lanjut kepada budi bicara Tan Sri Speaker Dewan Rakyat.

Terima Kasih

Dr. Fuziah Salleh

Setiausaha Agung KEADILAN

20 Mei 2026 (Rabu)

Related Posts
crossmenuchevron-up