
Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) Keadilan telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa calon Parti Keadilan Rakyat yang bertanding tidak dapat melengkapkan Borang A [Subseksyen 5(1)] Borang Sumpah Kerahsiaan kerana borang tersebut dilaporkan tidak mencukupi untuk diedarkan.
Dato' Seri Amirudin Shari, Pengarah Bersama JPRP telah menulis satu surat permohonan bagi penangguhan tarikh akhir bagi proses tersebut kepada YBhg Tuan Nor Nekman Jaimon, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Johor semalam.
JPRP Keadilan juga dimaklumkan Borang A ini hanya akan kembali tersedia pada hari Isnin 6 Julai 2026 menurut beberapa Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di peringkat daerah. Oleh yang demikian besar harapan Parti Keadilan Rakyat agar SPR Johor memberi ruang pelanjutan masa bagi semua calon sedia untuk melengkapkan proses ini.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah SPR Johor yang telah pun memberikan respon segera dan berharap pertimbangan baik ini akan membantu kelancaran proses demokrasi yang sedang berlangsung.
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PILIHAN RAYA PUSAT
PARTI KEADILAN RAKYAT