
Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 dalam landskap politik negara. Pada tahun 2021, Pakatan Harapan sendiri pernah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan ketika itu. Matlamat utamanya jelas, iaitu memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran demi kepentingan rakyat.
Saya melihat kerjasama seperti ini sebagai situasi menang-menang (win-win situation). Pihak yang menandatangani perjanjian mendapat manfaat, manakala kerajaan memperoleh 𝐤𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐫𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 serta pembangunan negara. Namun, pemenang paling besar mestilah rakyat, kerana akhirnya setiap persefahaman politik perlu diterjemahkan kepada manfaat dan kesejahteraan rakyat.