Carian
June 24, 2022

AHLI LEMBAGA PENGARAH FGV MENGKHIANATI PENEROKA-PENEROKA FELDA

Hari ini FGV Holding Berhad (FGV) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka Kali ke-14 secara maya (virtual) bermula pada jam 11.00 pagi tadi.

Mengapa saya katakan Ahli Lembaga PENGARAH FGV MENGKHINATI PENEROKA-PENEROKA FELDA?

Sebabnya ialah dari 9 agenda mesyuarat Agung pada hari ini, agenda no.2 hinggalah agenda no.6 difokuskan hanya kepada meluluskan usul untuk membayar elaun-elaun kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV.

Elaun-elaun yang dibayar kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV amatlah Tinggi Dan lumayan sekali.Jumlah elaun Tahunan yang dibayar kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah itu kelihatan "lucah" jika dibandingkan dengan kehidupan sukar peneroka-peneroka Felda.

Agenda ketujuh Dan kelapan Mesyuarat Agung pagi ini ialah untuk melantik semula 6 orang Ahli Lembaga yang sepatutnya telah bersara.Nama mereka diusulkan supaya dilantik semula.Mereka ini akan terus menikmati elaun-elaun yang lumayan dari FGV.

FGV dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh FELDA.Fungsi FGV ialah untuk membantu Felda Dan juga Kerajaan dalam menolong PENEROKA-PENEROKA FELDA dan generasi kedua Dan ketiga Felda dalam mengatasi masalah sosio-ekonomi di Tanah rancangan Felda.

Antara masalah Besar mereka ialah masalah hutang, pendapatan yang tidak terjamin, Pembangunan kebun Dan tanam semula.

Pada tahun 2019 Kerajaan PH telah membentangkan Kertas Putih di Parlimen untuk menyelamatkan PENEROKA-PENEROKA FELDA, Felda Dan FGV dari kerugian Dan hutang yang besar.Berbilion ringgit Kerajaan telah suntik untuk selamatkan Felda.

Jadi amatlah malang Dan sungguh tidak bertanggungjawab jika ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV pada mesyuarat Agung mereka hari ini hanya membincang, membentang Dan meluluskan elaun-elaun mereka sendiri.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dan Pengerusi Felda, Idris Jusoh perlu campurtangan dalam Perkara ini supaya tidak membenarkan ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti FGV ini secara tamak Dan tidak Amanah mengaut faedah Dan ganjaran elaun Besar untuk diri mereka sendiri.

Rakyat Felda Dan anak-anak mereka perlukan pembelaan.

Penyelewengan ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV perlu ditamatkan segera.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Related Posts
crossmenuchevron-up