Carian
June 27, 2022

Subsidi Keperluan Makanan Rakyat

JK Kos Sara Hidup Pakatan Harapan memandang serius keputusan kerajaan berkenaan penarikan subsidi yang telah diumumkan sebelum. Ia merupakan satu tindakan separuh masak, tidak bertanggungjawab dan terburu-buru. Tindakan tersebut bakal menglebarkan jurang kemiskinan sedia ada dan menambah masalah sosial dikalangan rakyat.

Jawatankuasa ini menggesa dan mendesak kerajaan memikirkan semula penarikan ini yang akan berkuatkuasa serta merta pada 1hb Julai depan yang bakal menaikkan kadar Inflasi harga barang yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat terutama B40.

Jawatankuasa ini menegaskan perkara-perkara berikut:-
1. Harga Siling Ayam dan telur ayam mesti dikekalkan serta subsidi kepada penternak dan pengusaha ditambah mengikut keadaan semasa agar bekalan dalam negara kekal tanpa menghadapi masalah bekalan terputus.

2. Subsidi minyak masak botol dikekalkan dan kerajaan mesti menetapkan mekanisme kawalan pembelian kepada semua rakyat agar bekalan tidak terputus pada masa depan. KPDNHEP perlu melaksanakan tanggungjawab ini.

3. Subsidi Gas Masak slider (Tong Gas) mesti dikekalkan.

Penjualan Ron 95 mesti dikekalkan sebagaimana di zaman Kerajaan PH tempoh hari berjaya mengekalkan harga pada kadar RM 2.00 seliter yang tidak diapungkan.

4. Cadangan menaikkan Tarif Air & Elektrik mesti dihalang dan dikekalkan pada harga semasa demi kesejahteraan semua pihak.

Dengan penegasan perkara-perkara diatas, Jawatankuasa ini ingin mencadangkan beberapa langkah berikut bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup secara mendadak iaitu:-

1. Penggunaan hasil cukai secara bersasar dan efisien bagi membantu rakyat. Pada bajet lepas, kerajaan telah memperkenalkan Cukai Makmur dan hasil mesti dikembalikan kepada rakyat.

2. Menangguhkan projek-projek yang bersifat MEGA dan tidak menguntungkan rakyat dalam jangka pendek dan panjang, umpama MRT3, ECRL, Bandar Malaysia (TR-Exchange) dan lain-lain.
Mengkaji semula semua Elaun-Elaun CEO dan ahli-ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan - GLC, GLiC dan syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

3. Cabaran kepada kerajaan mengecilkan anggota Kabinet semasa kerajaan dan menamatkan Jawatan Duta-Duta Khas Luar Negara seperti Duta Khas ke India, Cina, US dan Timur Tengah.

4. Memotong Elaun Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, dan dipulangkan kepada rakyat.
Mengurangkan segala bentuk lawatan-lawatan ke luar negara & membatalkan Kos Percutian Menteri-Menteri Kabinet bagi tahun ini.
Dengan penegasan dan cadangan diatas, Jawatankuasa ini ingin mencadangakan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan dan rakyat bersama-sama kita melancarkan Protes besar-besaran di 222 Kawasan Parlimen seluruh negara atas kegagalan kerajaan membendung kenaikan kos sara hidup rakyat. Dengan memulakan tindakan minima seperti FLASHMOB.

MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI

Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan:-
YB Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN)
YB Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH)
YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP)
YB Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)
YB Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP)
YB Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH)
YB Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP)
Puan Norhayati Bachok (Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH)

Related Posts
crossmenuchevron-up